Followers

Thursday, April 24

Sayangi diri kita.

Assalammualaikum.

Tajuk hari ini sayangi diri kita.. (macam la hari2 update hehehe)

Kalau sebut perkataan sayang, yang terbayang adalah wajah-wajah kesayangan.. mak abah akak adik kawan.? Kadang-kadang je ingat kan. Lebih- lebih lagi kalau students. Seminggu sekali je call mak abah.. itu pun kadang-kadang cakal dengan mak je.. selali yang diingatnya bf/gf..

so sekarang ni kita cuba ubah perangai kita tu.Selalu ingat tuhan.. ingat mati.. ingat azab neraka.. untuk itu kita kena lah sayangi diri kita. Jaui maksiat.. selalu merindui ibu bapa.. ingat jasa mereka. susah payah mereka besarkan kita.. 

couple tu haram? Couple tu tak haram.. pelakunya yang buat couple tu haram.. ALLAH melarang kita duduk berdua kn... so kalau nk jumpa.. jumpa ramai-ramai.. Kita tak digalakkan terlebih-lebih merindui pasangan.. takut kita lalai dengan kewajipan sebagai hamba. Kalau mcm tu.. tiba waktu solat.. sms pasangan untuk solat. Sebagai peringatan. 

So pandai-pandai la jaga diri dan maruah diri..

Thursday, March 27

Assalammualaikum.


" Saya selalu intai facebook awak.. kenapa? Sebab saya rindu.. teramat sangat. Awak jauh.. hampir setiap hari saya intai facebook awak.. sorry.. saya tahu awak tak suka saya macam ni.. setiap kali online facebook.. adakalanya awak online juga.. niat dihati selalu nk tegur. Tapi dihalang dengan satu perkara. Pasrah dan redha. Setiap tahun saya berazam untuk lupakan awak. Tapi tak berjaya. Makin tahun makin sayang. Saya tetap tunggu awak.."

Pernah jumpa orang macam ni? Selalu kan? Siapa yang bersalah sebenarnya? Kedua-duanya salah. Semua datang dari hati. Kalau oita tak mahu.. pasangan bercinta sebelum nikah ni tidak akan wujud. Setuju? Ustazah saya pernah pesan.. jangan suka lelaki melebihi 50% sebab kalau dia tinggalkan kita.. kita akan merana.. yup! Saya dah lalui. Memang susah.. skrg ni pun dlm usaha untuk melupakan.. oppsss!!! Ayat diatas mcm dari saya je kan? Hahaha bukan untuk meluahkan perasaan. Bukan juga untuk menarik simpati si Ex.. tapi sebagai peringatan untuk remaja-remaja yang baru berjinak-jinak..

Dengarlah cakap akak ni dik,,, akak menyesal kerana biarkan hati akak kecewa disebabkan lelaki-lelaki yang belum tentu jodoh kita. Jika boleh diundur masa.. saya tidak akan benarkan hati saya dimiliki oleh sesiapa pun..

apa usaha-usaha saya?  Disebabkan nasihat rakan.. saya tak block fb dia.. okey.. ini bukan tindakan terbaik. Ini akan menampakkan lagi yang kita tertunggu dia.. dia selalu update status fb.. bila nampak mmg akan ingt la kan.. so bila saya nampak mcm byg-byg profile picture dia.. cepat-cepat saya akan scroll kebawah.. walaupun saya tahu status dia selalu berkaitan dakwah dan agama.. mmg bermanfaat untuk kita... tak apa in sha ALLAH ilmu ALLAH tu  luas.. kita boleh cari dimana-mana.. asalkan kita tak biarkan hati kita sentiasa ingat dia... yg penting sentiasa dekatkan diri dengan ALLAH...

ok. Semoga yang lain tidak terus rosak kan hati kerana perkara seperti ini...

Wednesday, February 5

Minum pagi!

Assalammualaikum. .

Sudah lama saya tidak menjejakkan jari di ruangan ini ya. Kira-kira lagi seminggu saya akan mendaftarkan diri sebagai pelajar sem 8.. BETUL KE NI?! Macam tak percaya kan..

Perasaan bercampur.. tidak dapat dinilai.. sama ada suka atau duka. Semoga semuanya berjalan lancar..

Selepas habis sem 8 ni nak ramai yang fikit kami akan terus dapat mengajar.. belum tentu lagi. Bukan UPSI sahaja yang mengeluarkan produk guru. Universiti lain pun ada juga. So kami perlu bersaing. Selain bekerja diluar bidang guru.. JOMM kita ambil master pulak.. jom la... hehehee tak kisah la dalam negara atau luar negara.

Tak penat ke study? Memang penat.. mana ada kerja yang tak penat. Semua penat. Kalau asyik tido je pun badan rasa penat- penat juga kan. Further study tu salah satu option yang ada untuk bakal penganggur. . Untuk sambung master ni.. banyak perkara yang difikirkan.. mana dengan hutang ptptn lagi. Tak kan nk tambah hutang untuk master pulak. Hurmm bak kata orang. Nak seribu daya.. tak nak seribu dalih. Okeyh?? GOOD!

kahwin lambat? Tak apa.. kalau dah jodoh tak akan kemana? Boleh ke mcm tu? Huhuhu

Sebelum berkahwin banyak persiapan yang kita buat.. bukan persiapan majlis kahwin la.. persiapan dari segi mental.. fizikal.. kewangan.. bukan lelaki sahaja yang kena sediakan semuanya. . Perempuan pun tak ada bezanya.. sudah siap sediakah untuk pikul tanggungjawab sebagai isteri? Sebagai ibu? Bagus la kalau yang sudah bersedia. Sedih kadang-kadang dengar orang kahwin muda dan bercerai muda.. sebab sebelum kahwin tak fikir panjang la tu. Tak cukup matang lagi.

ALLAH tu maha adil kakak abang adik. Minta pertolongan dari Dia. Dia sahaja yang maha mengetahui segala nya.  Apa yang terbaik, Apa yang sepatutnya kita buat. Bukan main redah je. Sebelum buat keputusan kalau ragu2 buat solat istikharah.... Kita ni bab nasihat orang memang pandai. Hehehe

Haaa kan dah lari topik. Ok selain ambil master. Boleh juga bakal guru apply di sekolah swasta atau pun sekolah Mara (mrsm)..

Tuesday, June 4

End of semester 6..

Assalamualaikum,, selamat pagi
Habis sudah jawab payyyyyyypeeeeeeeeerrrrrrrrr fizik....
Harap-harap Prof Rosly, En Wan dan Dr. Ikhwan bagi saya A++++..

Ends of semester 6 means?? bulan 7 dah start praktikal... Oh My!!! 
betul ke ni? betul ke ni? 
boleh ke aku jadi seorang guru matematik yang disayangi pelajar? kui3.
Usaha atie! usaha! Buat sehabis baik!

 Ends of semester 6 means?? lagi 1 tahun dah habis degree..
Yeay! dah boleh kahwin! haha 
Seronok tengok kawan-kawan nak kawin..
diri sendiri belum tentu lagi..


Nak lelaki macam ni.. Masih ada lagi kan...?? hehe

TAPI......!!!!!
Master tetap di buat.. Okey!!

 P/s: besok drive dari Tanjong Malim ke Johor.. Pray me safely arrive at home.. Miss Mokcin ... Tunggu makngah balik ye ....