Followers

Tuesday, December 27

Kahwin vs Study

Assalamualaikum semua =)

baca tjuk ni dah terang tang tang orked nk story pasal kahwin n study kn... mana satu yang kkorang semua pilih? kahwin? ke study? lau orked di beri pilihan orked pilih kahwin.. tetapi bila di fikir-fikirkan,, belajar is the more better ok!

apa? nak kata orked gatal?  memang ya la kan,, walau pun tak ada calon,, orked memang dah tak percaya cinta-cinta ni semua.. buang masa la rasanya.. tapi orked percaya 1 je.. Allah dah tentukan jalan yang terbaik untuk orked.. so orked ikut sahaja arus kehidupan yang sudah ditetapkan.. memang kita boleh elak.. Tapi orked percaya pada setiap takdir yang Allah dah tentukan. setiap yang berlaku mesti ada reason kan..

bila tiba study week and minggu assignment,, memang otak orked ni fikir nak kahwin jek,, tapi mana benda yang senang dalam dunia nih.. bak kata ade sorang akak ni..

"atie betul ke nak kahwin? sebab xnak belajar lagi? kahwin bukan senang taw,, t nak fikir pasal kerja rumah lg, husband lg,, lau ade anak t nak pikir anak lg, lagi pening kepala"

betul gak kata akak tu kan.. Thanks akak, lau dpt husband yang penyayang and memahami tak pe gak kan,, Nak macam zikir a.k.a Adi Putra,, tapi orked tak secantik and sesopan Dhia. =(

berubah? memang boleh berubah. tapi,, (banyak pulak tapi-tapi aku ni ) Insyaallah 1 hari nanti orked berubah.. korang nak tawu tak ape perubahan yang orked rasa setelah single bertahun-tahun ni??

kalau kita single kita boleh :

1. kawan dengan sesiapa pun,, tak kira lelaki atau pun perempuan,,
2. saving top up.. memang la sekrg dah ade fb,, tp handphone kn yg selalu jd pilihan..
3. saving study and enjoy time,, hihihi enjoy bersama member,, bukan sosial yang melampau-lampau tu
4. boleh fokus to study,, tapi ada jugak yang kata SI DIA inspirasi,, pada mereka,, bukan orked sebab orked  jenis yang suka berkhayal..
5. tak banyak komitmen..
6. rasa freedom ok!

kalau korang yang bercouple tu, korang tak rasa ke macam:

1. dikongkong? belum confirm jadi wife/ husband diorang korang dah kena control.. tak cool ok! tu namanya  sayang tak bertempat!
2. 24-hours nak mesej! (not absolutely 24-hours)
3. 24-hours korang spent time and credit more to them,, alangkah lebih baik kalau korang call parents korang, nenek or atok ke.. lagi berfaedah kan,, or study ke..
4. time korang tengah pulun study.. SI DIA sibuk nak mesej la,, memang ada yang understanding tapi. tertahan ke rindu korang lau sehari tak mesej ??

fine! ada yang marah ke? opinion orked sahaje. pengalaman? ada gak la sikit-sikit. frust? hurmm boleh gak la.. kenapa bila kita sayang seseorg di x sayangkan kita? yang kita tak sayang tu la dok terhegeh-hegeh syg kat kita. korang pernah dengar x (lebih kurang macam ni)

 "Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah sebelum kita jumpa dengan yang benar"

[ orked nak tukar angin,, nak cari orang sabah =) ]

Friday, December 9

Histeria di blok ku !

assalamualaikum dan selamat petang..
tak banyak yang orked nk ckp.. just mintak korg baca artikel di bawah 
dan cuba utk elak apa yang perlu dielak dan ikut apa yang patut diikut.. untuk kebaikan kite bersama..
entry ini orked copy dari blog ini .. selamat membaca !!


Histeria: Gangguan Jin Atau Masalah Psikologi?

Tidak kurang lima kes histeria membabitkan ratusan pelajar yang dilaporkan berlaku hampir serentak di beberapa sekolah berasrama di Pahang, Selangor, Perak dan Sarawak sepanjang bulan lalu hingga kelmarin mencetuskan persoalan di kalangan masyarakat — apa sebenarnya berlaku?


Sekolah Menengah Sains Selangor adalah salah sebuah sekolah tersebut dan cerita tentangnya boleh dibaca di Pengalaman Semasa SMSS Diganggu.

Dua pakar dalam dua bidang berlainan yang ditemui Metro Ahad memberi jawapan berbeza terhadap persoalan itu berdasarkan kepakaran masing-masing.

“Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, pula berkata masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang terhadap perkara mistik dan karut marut, namun ia sebenarnya disebabkan masalah psikologi serta tekanan perasaan.

“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja,” katanya.

Ikuti ulasan lanjut mereka berhubung fenomena ini yang kini mencemaskan masyarakat, terutama ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa, kerana proses pembelajaran anak mereka terjejas berikutan sekolah terbabit terpaksa ditutup sementara waktu untuk menenangkan keadaan.

DATUK DR AMRAN KASIMIN

Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?

Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.

Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.

S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?

J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.

Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.

Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).

Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.

S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?

J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.

Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.

Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.

Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.

S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?

J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.

Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.

S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?

J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.

S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?

J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.

Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.

Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.

S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?

J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.

Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.

S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?

J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.

S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?

J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.

S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?

J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.

Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”

S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?

J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.

Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.

S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?

J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.

S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?

J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.

S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?

J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.

S: Apakah jenis-jenis jin?

J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.

PROFESOR DR MOHAMAD HUSSAIN HABIL

Histeria adalah masalah biasa dalam proses pembangunan sesebuah negara, terutama apabila berlaku perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata perkara ini berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.

Menurutnya, masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu terhadap perkara mistik dan karut marut. Walaupun faktor kejutan budaya turut memainkan peranan, kebanyakan kes histeria disebabkan masalah psikologi dan tekanan perasaan.

“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja.

“Dulu saya selalu menerima pesakit histeria dari kalangan pekerja kilang dalam kuantiti ramai, terutama ketika Lembah Klang baru mula membangun. Kini kes histeria boleh dikatakan hilang sama sekali sehinggalah kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan pelajar sekolah.

“Masalahnya ialah masih ramai percaya histeria disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau penunggu sehingga pesakit lambat dibawa mendapatkan rawatan.

“Jika dibiarkan, lebih ramai akan mengalami gangguan ini kerana jeritan atau gejala histeria boleh mempengaruhi orang lain terutama bagi yang lemah semangat,” katanya.

Dr Hussain berkata, gejala histeria di kalangan pelajar sekolah berlaku kerana wujudnya unsur perpindahan dari kampung ke bandar dan setiap orang pasti ada kepercayaan terhadap perkara mistik tersendiri, walaupun punca sebenarnya mungkin disebabkan tekanan perasaan akibat masalah keluarga, teman lelaki atau terlalu bimbang untuk menghadapi peperiksaan.

“Usah bawa pelajar yang terkena histeria berjumpa bomoh kerana ia gangguan psikologi. Lebih cepat pelajar diberi rawatan, lebih mudah masalah histeria dikawal dan ia dapat mengelaknya mempengaruhi pelajar lain,” katanya.

Cara rawatan histeria juga mudah. Langkah pertama ialah mengasingkan individu yang mula-mula mengalami histeria dan pengasingan ini boleh dilakukan dengan memberi cuti atau dibawa segera ke hospital untuk diberi rawatan di klinik psikiatri. Biasanya pelopor kes histeria berkenaan dimasukkan ke wad dan dirawat hingga pulih.

Dr Hussain berkata, cara lain yang boleh dilakukan ialah berpindah sekolah atau menghantar pelajar berkenaan balik ke sekolah di kampungnya di mana dia berasa lebih selesa, tenteram dan selamat.

Jika histeria berlaku di kalangan guru, langkah penting yang perlu diambil selain memberi rawatan ialah memindahkannya ke sekolah lain.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN dari Harian Metro


Friday, December 2

20 fakta menarik antara lelaki dan perempuan

Salam dan selamat tengahari semua! 
huhuhuhu habis sudah tengok movie Tree of Heaven,, tiido pukul 2 pagi semata-mata nak habisan cepat.. 
sebab apa? nak bt assignment la jawab nyer kan,, buat apa lagi..
sebelum start buat assignment,, kita kena relax2 kan otak dulu..
so.. internet menjadi tumpuan orked.. Orked suka baca blog2 org nih.. byk fakta dan cerita menarik yang diorang kongsi.. bukan macam blog orked nih,, x byk fakta pun..

Tgk pada tajuk.. orked menarik nak share..
meh bce kat bawah nih...

20 fakta lelaki dan perempuan..

1.Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam di waktu malam dari pada lelaki.

2.Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

3.Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) saat mengandung bayi lelaki dibandingkan dengan bayi perempuan.

4.Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1,4 kg daripada berat otak perempuan.

5.Pembedahan mengganti alat kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki.

6.Perempuan kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

7.Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara perbicaraan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.

8.Perempuan lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

9.Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.

10.Kemampuan indra laki-laki untuk mengecapi rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada perempuan.

11.Lebih dari dua kali pada perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.

12.Pada saat usia tua perempuan mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki ).

13.Berpapasan dengan perempuan di jalanan, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dijumpainya. Perempuan pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

14.Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % saja pada perempuan.

15.Lelaki lebih banyak memilih merah, dan perempuan warna biru.

16.Perempuan rata-rata 153 saat berada di toilet, lelaki 113 saat.

17.Satu berbanding empat, perempuan dibanding lelaki yang berbicara gagap.

18.Penelitian di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

19.Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

20.Penelitian di England, kanak-kanak lelaki lebih mudah ditipu/diperdaya dibanding kanak-kanak perempuan. 

kat mana orked dapat?? kat sini la... hihihihi




Thursday, December 1

Orked, BFF, Kami

Assalamualaikum dan selamat pagi..(10.26 a.m pg lg la kn.. hehehe) dan selamat sejahtera..
Tengok dari tajuk mesti korang dah dapat agak apa yang orked nak story pagi ni kn..
Orked happy dapat kenal dengan lapan orang teachers math wanna be nih..
macam2 perangai ada..
5 orang dari pantai timur.. 2 orang utara.. orked sorang je yang selatan..
dah setahun lebih kami berkawan.. Sem 3 ni makin rapat.. makin sem makin rapat.. 
makin syg antara 1 sama lain..
lagi better kalau korang kenal dulu sape geng2 orked..


BFF orked

kami ada create page fb group sendiri.. walaupun dah jumpa setiap hari.. masih x puas..
nak lagi gelak2.. korang memang best la.. aq syg korg..

kami x pernah puas dok ngutuk sesama sendiri.. Tp bkn kutuk2 sayang..
macam2 perkataan yang diorang cipta.. (aimi, mah ngan yana la yang selalu cipta)
ade yang selalu kesuk hati ( kecik hati).. jerit (nangis) nih semua bahasa pantai timur..
(sory kalau salah eja) hahahaha memang kelakar..
pic ni time celebrate bufday adik2 su kami ( ayu ngan shida)
adik2 la sgt.. huhuhuhu
paling tua si wani la
(kak long).. nama manja 'jah'  tp selalu jerit hahahaha
yana ni pandai menjahit.. untung la pakwe die.. bg je kain.. siap dah bju melayu..
mah lak.. katanya suka 'menceriakan' keadaan.. mana x nye ngan lawak2 stupid die 2..
tnye kentang die mane.. pdhal dah ade dpn mata.. selalu slh dgr orang ckp..
bilik aimi selalu jd port kami dok tgk movie..maklumlah.. Tg. Malim nih xde mall.. siap makanan sekali..
berita master lah tmpat kami selalu tgk and download movie..
TQ admin berita master..!!
shida jd sumber movie2 kami jugak.. die memang hantu movie.. bleach pn die layan..
kema tempat kami print out nota2 and assignment.. (kaya la mu gini)
ayu ni diorang kata xde perasaan,, tp dah ada pakwe.. pelik? xyah pelik la..
normal la 2... muka xde perasaan 2 nak tunjuk wat mahal la..
mesti la kn.. kite perempuan kena jual mahal ( tp jgn la over sgt)
orked?? huhuhuhu biasa2 je..
ni cerita kat UPSI...










 

Thursday, November 24

wanita solehah idaman lelaki,,

Assalamualaikum dan selamat pagi!
orked nk share  something OK!
enjoy your reading.

1. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan

Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik

NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama

“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”

6. Dari keturunan yang baik-baik.

Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian

“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

10. Memahami lelaki
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. Tidak terlampau cemburu

“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang.

Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa senyum. Menutup aurat. Ramah dan mesra. Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna

Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

16. Pemaaf

Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. Seimbang
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.

18. Berkeyakinan diri


19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.

Maksud ‘body language di sini adalah cara percakapan, kawalan diri di hadapan orang ramai dan sebagainya.

Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta
(DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN) 

Tuesday, November 15

kami bakal guru..

assalamualaikum,, dan selamat malam..
dah lama orked x ber'blogging' ni,, maklumlah,, student kn,,
hehehehe bz la skit ngan assignment,, lagipun rasenyer mcm xde sape pn yg baca entry nih..
orked nih bakal guru,, bakal guru bitara,, (lagaknya tp pd hakikatnya?? sendiri pkir la..)
rasa-rasanya,, dah terlambat kot kalau orked nk suara kn something pasal posting kami para bakal guru berstatus ISMP (ijazah sarjana muda pendidikan).. 
penempatan kami tergugat dek GSTT( guru sandaran tak terlatih).. 
kami diminta cari kerja lain,, kalau xmau lahirkan guru ISMP awat tubuhkan UPSI??
kami rasa macam tertipu.. penat2 kami belajar,, bukan hanya belajar ilmu berkaitan dengan subjek sahaja,, 
kami pun kena belajar cara menjadi guru berkualiti..
jangan hanya nila setitik,, rosak susu sebelanga..
pemilihan kami ke UPSI ditapis,, dari MEDSI ke interview..
pagi tadi,, lecturer orked ada kata pasal topik nih.. pada pandangan beliau
memang layak pun guru sandaran di beri pekerjaan tersebut kerana PENGALAMAN mereka,,
pelajar UPSI fresh,, ada yang berpengalaman dan ada yang tidak..
pengalaman boleh dipupuk,, boleh dicari.. katanya lagi GSTT ni berkualiti,, jadi untuk apa kami ke UPSI??
memenuhkan ruang legar UPSI sahaja ke?? atau untuk menampakkan yang UPSI ni wujud??

Katanya lagi GSTT ni sahaja yang sanggup ke kawasan pendalaman.. SAYA SANGGUP ke kawasan pendalaman,, kami dididik untuk menjadi pendidik,, tapi ada juga segelintir pelajar UPSI yang tak sanggup ke pendalaman kerana kekurangan prasarana..

pada pandangan orked,, ada beberapa tindakan yang pihak kerajaan boleh ambil untuk membantu kami..
dengan mengurangkan umur pencen seorang kakitangan kerajaan..
bukan sahaja boleh memberi peluang kepada kami,, tetapi boleh memberi peluang kepada garduan-graduan yang menganggur,,

jika tiada sebarang tindakan atau inisiatif lain yang diambil makanya tiada pilihan lain yang boleh orked dan mangsa2 KPM ni buat,, 
sama ada mohon menjadi guru di sekolah swasta ( private school atau mrsm) atau pun melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi dan akhirnya menjadi pensyarah...(jika tiada sebarang perubahan dari pihak KPM lagi)..
sekian,,,

Wednesday, October 5

rENuNgan SeJenak

Assalamualikum dan selamat malam.
Malam ni Orked nak share something.. 
Sayangnya Allah Pada Perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
Kesian kan kat diorang
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
Persoalannya sekarang
Betul ke Allah x adil dengan perempuan
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
X adil lagikah Allah pada perempuan
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan
Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita x pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu
Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga
Tengok hadis ni:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
X adil lagikah Allah dekat perempuan
Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan
Sekadar perkongsian bersama
~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

TQ to this post owner yang memberi orked kebanggaan menjadi seorang WANITA.. memang tak dinafikan. kadang2 orked rasa leceh sangat jadi perempuan.. iman kita kadang2 naik.. kadang2 tu ditempat yang jahil.. selalu mengeluh tanpa berfikir kn.. Orked bersyukur YA ALLAH kerana dilahirkan sebagai seorang wanita..

Monday, October 3

DasAr

Assalamualaikum dan selamat pagi,,
gelabah kan hidup kalau jumpa orang yg suka physco,, huhuhu bukan orang lain tp lecturer orked sndiri..
walau apapun,, orked yakin Dr buat mcm tu sebab nak suurh kita berani bercakap dihadapan public.
bakal guru la katakan kan.. kita mesti pandai berkata-kata.
huhuhuhu thanks Dr. keberanian saya dah naik sikit. 0.1%.. jadi la kan daripada x naik lgsung..
(baik xyah naik lau setakat 0.1% je kn.. x leh pakai tul la orked ni)
ni bukan first time present kat depan,, bukan takut nk present.. tp takut kena komen,
huh! SAH! kena komen.. hahaha ape la nasib badan kan..
tp nasib baik die x kata orked ni pembaca berita kn.. hehehehe
tp apa yang penting, hari ni orked dapat belaja sesuatu iaitu,, sebagai seorang guru, kita kena berani utk berhadapan dengan pelbagai situasi. makin hari tugas guru semakin berat,, semakin hari dugaan dan cabaran yang mendatang makin merunsingkan dan mencabar mental dan kesabaran seorang GURU.

tadi kisah yang terjadi td (4 okt pukul  8-10).. sekarang ni tibe part semalam.
time kelas wartawan. mcm biasa. confirm abis lambat punyer.. Lecturer orked ada pesan semalam, maybe lagi 3 tahun KPM hanya akan posting student yang ada jawatan, yang bergiat aktif, yang kreatif, yang berani dan berbakat. so kami( bakal-bakal guru) kena cari apa kebolehan dan keistimewaan yang ada pada diri kita. supaya nanti kita senang untuk diposting, dan sekali gus dapat naikkan nama UPSI. 
masalah orked sekarang,, apa kebolehan yang orked ada,, kalau setakat pointer je tinggi tp kokurikulum rendah x guna jugak kan.. pengurusan xtahu,, hanya tahu belajar je,, susah jugak tau.

so masyarakat diluar sana jgn la pandang rendah pd profesyen perguruan. tugas seorang guru sangat berat. tanpa guru tak akan lahir doktor, engineer, arkitek, n semua job lah senang cerita. 
kalau dulu semua kata "ala setakat jadi guru, apa la sangat, xde class la ko ni".
kalau tugas guru senang lagi mudah. kenapa yang bercakap tu x jadi guru.. kalau kos Medik pn,, belaja dari seorang lecturer jugak kn,, lecturer tu mcm kami jugak seorang pendidik.. 

hehehehe so hargai la orang yang pernah mendidik anda, 
ibu bapa dan keluarga pn guru kepada kita juga,,
fikir-fikir dan ambil yang positive.

Friday, September 30

OrKed C0mm1ng Again !!

Assalamualaikum (for muslims only) and salam sejahtera !! Konnichiwa !!
wahh ckp jepun pulak dah.. hehe tak sia-sia masuk kelas jepun sem lepas.. huhuhu isi bakul angakt sendiri nampak nyer orked ni..hehehe bukan kisah bahasa jepun yang orked nk kongsi hari ini.
Tetapi apa yang terjadi semalam. Setiap hari kita kena cari at least satu ilmu baru kn? baru lah ilmu kita tu bertambah dan berkembang, bukan bertambah dalam ilmu dunia sahaja. Ilmu kehidupan, ilmu agama pun kena kita sentiasa update, hari-hari update status FB boleh je.. tapi kalau nk update ilmu agama tu memang susah kan.. semalam orked dalam tahu sesuatu pasal "kecil hati". Manusia mesti ada sekali kecil hati or terasa hati dengan org lain kn,, tapi kita xtahu pun yang selama ini ada hukum kalau berkecil hati..

Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu.


Minta dijauhkan lah dari kita lepas ni. tak kan kita nk hidup tanpa keredhaan dan keberkatandari Yang Maha Esa.. 

huhuhu semalam orked gastrik.. gastrik merindui orked nampak nyer,, orked sendiri yang cari masalah kn,, siapa suruh tak lunch kn,, sendiri buat sendiri tanggung la.. 
abis je kelas semalam orked n membe orked pergi mkn.. sebab orked dah sakit perut gastrik time tuhh..
Thanks Ma'anurashidah (sedapkan name die,, jgn kembang hidung pulak ye shida)..
after that, balik bilik, solat then trus tido.. sedar-sedar je dah pukul 7.30mlm.. 
Kelam kabut orked bangun nak pergi mandi,, sekali adehhh!! dua-dua toilet ade org guna,, hehehe
lepas mandi orked kunci pintu bilik.. iye la kn,, paham-paham je la kn..
Baru je nak niat solat maghrib,, rumate orked  pun balik dari makan,,  
 pintu bilik kami rosak,, tombol boleh dipulas tapi tapi, tempat yg sendal 2 x bergerak..
dah gelabah kami,, orked pun msg dgn membe orked,, si shida ni,, die pn dtg.. Ramai yg dtg nak tlg,, yang paling semangat sorg mek kelate ni.. hehehe Thanks wanie,, macam-macam cara die guna,, orked n rumate orked ni pun solat dulu memandang kan dah pukul 8,, x khusyuk solat waktu tu,,( kantoi!)
Thanks aziemah,, (housemate orked) sebab bagi rumate orked tumpang solat..
lepas solat kami mencuba lagi.. dan terus mencuba.. orked sorang-sorang je kat bilik masa tu,,
 ramai kat luar,,
 wakil JMK (Jawatankuasa Majlis Kolej) pun dtg sekali,, pejabat tutup.. so xdpt nk call maintenance (betul ke orked eja ni).. Last-last orked dapat idea nak umpil pintu ni,, nak tahu guna ape?? jeng3!!
ni dia barang azimat.. kih kih kih

orked sebelah dalam bilik, so senang nak umpil..
Alhamdulillah,,
 pintu berjaya dibuka,, malangnyer pintu bilik orked akan dibetulkan hari isnin nanti..

Terima kasih kepada semua yang menjayakan misi ini..
Thanks kpd wanie yg terus berusaha,, yg memberi sumbangan tenaga,,
Thanks juga kpd Shida dan Hanis yg memberi sokongan moral.. ( moral sgt kn hahaha)
n kpd semua krew-krew yg sama ada sengaja atau tidak sengaja terlibat dalam scene realiti yg lucu ini...




Wednesday, September 28

OrkED2 !!

As usually, First of all Assalamualaikum  ( for muslims) and  lovely regret from me!!
Pada malam yg dingin dan berangin ni (berbunga-bunga pulak ayat orked malam ni).. haha
gurau jek,,  semalam dan hari ni kelas orked batal! fuhh mula-mula dengar memang happy tapi bila dah sampai tengahari, jiwa mula kacau! hati gelisah xtentu! x tahu mana arah nak dituju, otak dah buntu, sekejap on sekejap off muka buku, rase macam da naik hantu! kacau org sini situ.. huhuhu,
 lecturer-lecturer ku yg disayangi.. jgn meranakan hidup orked lg ye! xsanggup.
Orked bukan nyer rajin pun nak pergi kuliah, just boring dok bilik sorang-sorang..
member-member lain "khusyuk" timba  ilmu, kita pulak?? mati kutu dalam bilik..
hehehe sem ni memang tough la jugak.. before msuk kelas kena study dulu.. lebih-lebih lagi bile subject algebra
mahu tinggi suara mama iqin,, hehehe 
xpe mama iqin, at least terjaga sikit sesiapa yang tertido tu kn,, hehehe
maklumlah kan algebra x byk mengira,, theory je yg byk..
bersimpul urat-urat otak sem ni..

arrghh!! migrain2!!
Hurmm orked ni ade migrain,, so bila banyak benda yang orked fikir,,, mula la kepala jadi berat sebelah! tapi x ada la sampai ja;an senget sebelah kan.. orked ni pulak jenis yang susah tido siang hari, so bila migrain merindui orked, orked akan cium ape-ape sahaja bau yang wangi,, kalau x pun menyanyi,, tapi jangan menyanyi lagu yg heavy pulak ye,, macam rock,, just yg selamba je.. kalau x pn boleh dengar bunyi instrumen slow je.. try la.. orked selalu buat dan alhamdulillah,, pulih je selalu,, 
x kan nak bergantung pada ubat je kn,, x kan nk penuhkan badan kita dengan ubat kan,, 
ini just cara orked sahaja,, sesiapa yg selalu migrain sampai rasa nak hentak je kepala kat dinding,,
x perlu la menyanyi.. cium je la bau benda yg wangi ye..
lagipun sekarang banyak dah produk yg jual minyak therapy untuk hilangkan stress n migrain..



Monday, September 26

OrkEd TeRkejuT !

assalamualaikum(  for muslim) and salam sejahtera.

Today I wanna telling u something,,
 something not special and not too important. 
something that remind me to someone..
someone that i try to forget.. but never success to forget him..

why it's too hard??  i've try my best..
why ha?? why is your ' penangan cinta' still in my heart..
i let you go.. please go go away from me!

however, i've promise to my friends..
and i've to fulfill my promise..
i'll try harder on forgetting you.
don't worry k!


huhuhuhu saje menggatai tangan nak type english..
heee gatal nyer tangan orked ni..

semalam cousin orked kawin.. hehehehe tp orked x pegi pun majlis tuhh
lagipun bt belah perempuan.. kalau belah lelaki may be orked balik kot! may be la!
rindu nye orked dengan family. rindu sangat-sangat. yg teramat sangat dah ni..
 before kelas fizik start tadi. orked ada call mak.
mak tengah jadual buku  sekolah agama adik orked yg bongsu..
mak kata adik on diet..
nak tahu kenape die diet?? padahal die baru standard 3! giler la,, lelaki pun nk diet..
 adik orked ni ade minat dekat sorang classmate die.. girl tu pandai..nama die pun sedap.. INSYIRAH..
girl tu kata kalau adik orked nak couple dengan die,, adik orked kena kuruskan badan dulu!
hahahaha tu la adik.. pemalas sangat jadi orang tuh!! kan badan da setambon!! 
mcm orked jugak! tp orked bukan sebab malas k! 
sebab badan orked mmg cepat naik,, 
jangan terkejut bila orked cakap adik orked ni high taste! gile la adik akak ni!
dulu before insyirah tu pindah ke sekolah adik orked ni.. 
adik orked ni ade minat kat sorang classmate die.. lupe pulak orked name budak tu,
minat die sampai bergaduh ngan cousin yg sama kelas dengan dia!
time tu standard 1.. bile dah naik standard 2.. badan budak 2 dah naik.. 
adik orked yg high taste ni pun kata kat orked yg die x suka dah kat budak perempuan tu sebab budak tu dah gemuk..
alahai adik ni.. macam la adik tu kurus kn?? perasan hensem je lebih!
kebetulan pulak budak perempuan tu patah gigi..
 lg la bt die xnk! kureng punyer budak,, kecik2 dah pandai memilih..
last2 die pass budak tu kat cousin yg sama umur dengan die.
hahahaha lawak la adik ni! 
adik ni mcm akak die jugak la.. memilih! x sedar diri langsung! (uhuk3 batuk sendiri bila kutuk diri sendiri) 
bukan memilih kot! cuma berhati- hati..

oi cik orked oi! tu bukan berhati-hati dah namanyer tu... terlampau berhati-hati tu..
bahaya tuh.. jaga-jaga ada yg mengata nanti! nak ke jd andartu? nak ke?? nak ke??
hahahha tawu pun xnak.. !! 

tapi seriously,orked memang dah serik nak bercintan- cintun ni.. hehehe
pengalaman mematang kan kita la katanya! katanya lah! hakikat nyer xtawu la kn.
my mum kata focus on study!! yeay mum! that's right! 
we can find love wherever and whenever..
but study.. once you let's it go, u'll regret it. 
orked nak ke still study while others busy working, busy dengan anak-anak..
so study smart k for let u get the best result!! for your future! not mine k! my mum said la,, hehehe
but she said in malay,, not english...!!

what's else??  nothing to share yet! we stop here! wait for my next entry k! 
hopefully, u'll enjoy and help u to laugh and think! heee





 




Thursday, September 22

MImP1 !!

Selamat Pagi !! entry terkini orked nak cerita pasal mimpi orked mlm td,, wahhh xtwau la nk kategorikan sebagai ape. mimpi tuhh bermula apabila ade sorg mat saleh bersama anak lelaki dan anak perempuannya dtg ke kg orked nak mintak tunjuk arah ke tempat yg die nak tuju ( nama tempat tuhh orked dah lupa la pulak). yang peliknya dalam mimpi ni ade kawan orked, "SHIDA".. cm ne ko leh masuk dlm mimpi aq ni.. ko kan balek ipoh.. heeee kami pun stuju nak tunjuk jalan tempat tuhh

Sampai satu masa tu kami accident!! yg peliknya,, orked n shida OK je! tapi mat saleh n family die yg mati! diorang mati sebab kaki kiri diorang tak boleh bergerak.. tiga-tiga orang mati dengan sebab yang sama.. tak de sape pun tolong orked time tu.. yg shida diam tak berkata.. dalam mimpi tu orked punyer la meraung sebab mat saleh tu mati! orked siap kata. "shida !! aku tak bole terima die dah mati.. shida !! " perghhh !!! gile la bole sampai mcm tuh sekali.. oppss !! lupe pulak nak bgtwu.. mesti pelik kan nape 

yang kelakar nyer.. tup2 je!! keluar pulak adegan orked belasah tumulak!! haahahaha tumulak dalam filem KONGSI!!
abg SAM !! i minat u heee

memang gile la mimpi orked.. kelassss gitu,,, actually malam tu orked ade tengok cerita kongsi.. huuu tawu2 je bole berlakon unofficially.. nk tawu sape yg menang!! heee orked la menang...