Followers

Monday, December 31

Usaha vs takawal

Assalamualaikum dan selamat petang,,

sekarang ni musim exam,, mesti macam-macam karenah yang ada.. cuba tengok kiri dan kanan.. depan belakang pun boleh jugak... macam-macam gaya study ada,, macam-macam gaya release tension ada..

Tapi apa pun gaya dan keadaan kita, PERLU dan PATUT dan WAJIB untuk kita consider keadaan rakan-rakan kita jugak, jangan sampai ada yang tak puas hati ataupun tak selesa dengan kita! huhu

USAHA! apa yang ada pada usaha? usaha lah yang patut kita buat sebelum tawakal pada Tuhan.. Usaha lah semaksima mungkin untuk mendapatkan kejayaan..

kejayaan hasil dari usaha sendiri lagi manis dari kejayaan kerana bantuan orang

Macam-macam jenis bantuan yang kita boleh terima dari orang yang lagi bagus dari kita,,
  1. Minta kawan ajar salah satu subtopik? BAGUS sebab kita ada usaha untuk belajar, cuba fahamkan dan yang penting usaha sendiri..
  2. Minta kawan tolong jawabkan soalan kuiz (bagi kuiz online jela) ? TAK BAGUS sebab bukan markah yang dapat atas usaha sendiri.
  3. Guna cable untuk memasuki / mendapatkan sesuatu? SANGAT TIDAK BAGUS sebab kalau kita dah tak layak so kita kena usaha cara lain.
Bila dah habis segala keringat kita berusaha baru boleh tawakal. + doa.

Andai kita berjaya bukan sebab usaha kita lah kan? tak perlulah kita nak bangga mana,, bukan 100% usaha kita, apa guna nak riak kan.. kalau orang yang berjaya sebab usaha sendiri pun tak akan ada niat nak riak, sebab selalunya mereka akan rasa banyak lagi ilmu yang belum mereka terokai dan mereka belum berjaya lagi.

hehe




Wednesday, November 21

Couple

Assalamualaikum w.b.t
Couple dan remaja memang tak boleh dipisahkan ke?

perlu ke couple dalam hidup remaja?

Bukan saya nak mengata. saya pun lalui perkara yang sama. Macam mana kalau korang dapat pasangan yang tak supportive? bukan macam yang korang mahukan? korang tinggalkan ke?

Bukan semua perempuan sama. bukan semua perempuan mahukan lelaki yang handsome, kaya. tu semua pinjaman ALLAH je. diulangi.. hanya PINJAMAN .. dan pinjaman itu bukan sesuatu yang kekal ok? Saya? saya cuma mahukan lelaki yang boleh bimbing saya ke jalan ALLAH.. saya perlukan bimbingan. bukan ibu bapa saya tak bagi bimbingan, kawan-kawan pun bagi bimbingan juga. maksud saya, lelaki yang saya nak kan ni bukan nya Pakwe/ gewe/ pacar/ Bf dan yang seangkatan dengannya. saya cuma mahukan seorang TEMAN HIDUP yang mampu bimbing saya ke syurga.

Ibu bapa? ya! mereka membimbing saya tapi kan hidup kita bukan selamanya bergantung pada mereka.. hurmm paham2 je la ae.. HIHI

Kadang-kadang tengok FB ramai orang upload gambar dengan "pakwe".. perlu ke? jeles? tak da lah.. saya upload gambar dengan suami je.. :P

Macam mana kalau kita dapat lelaki yang tak dapat bantu kita berubah ke arah kebaikan? nak diluah kata putus tu ingat senang ke? melainkan kalau anda dah memang benci @ tak sayang dengan mereka.

atau patut diberi lagu SAYANG by UNGU? haha hihi boleh ke?

Saturday, October 6

Assalamualaikum

Nak bagi salam pun rasa tak bersemangat, saya tak tawu topik apa yang nak dimasukkan dalam entry ni, tapi apa yang pasti hati saya tak tenang, gelisah. Tanpa saya ketahui sebabnya, macam meronta-ronta nak beritahu sesuatu, but i don't know what it is!

Hanya ALLAH tahu betapa gelisah dan menangisnya hati saya, namun masih mampu saya menahan air mata.  pendam? memang saya suka pendam. salah? saya rasa tak salah, saya tak nak semakkan otak kawan dengan apa yang saya rasa. Saya pernah digelar Ratu Air Mata,(thanks to Zana) tak kesah lah yang penting saya tak susahkan orang. memang tak susahkan orang pun. Saya menangis waktu nak tido time ingat balik apa yang jadi dalam sehari.

I'm always pretending to be happy, It's ok! i"m fine with it. 

Orang pernah pesan kat saya, tak baik pendam-pendam. Kesian kat hati tu. Sorry la awk. Saya selesa macam ni. Nak memberontak pun biarlah dalam hati. Saya rasa saya ada banyak buat salah dengan orang.

Forgive me! please.. 

Cinta dan harta

Assalamualaikum.

Entry kali ni tak tahu nak cakap macam mana. Antara cinta dan harta, yang mana jai pilihan? Orang ramai akan pilih cinta. tapi salah ke kalau saya nak pilih kedua-duanya? Memang cinta tu penting. baru lah bahagia kalau ada cinta. tapi zaman sekarang ni, duit  menguasai semua.

* Kalau dah jodoh, ketentuan ALLAH, Redha je la *.

ALLAH tu tak zalim, kita kena la usaha cari jodoh kita. Jodoh, maut, semua rahsia  ALLAH. ALLAH dah tentukan yang terbaik untuk setiap umat-Nya. Pasti ada hikmah setiap yang terjadi. Manusia ni tak ramai yang redha dengan ketentuan-Nya. Termasuk la saya kot.

* bukan tak redha, terkilan je *

Boleh pulak macam tu. Saya terkilan kenapa saya tak macam orang lain.. ( tak redha dah ni cik orked oi! ). Maksud saya, kenapa saya senang terpengaruh, cair, mudah sangat percaya kat orang. ( macam dah lari topik je aku ni. )

Berbalik pada topik saya tadi, Saya sayang dia, tapi dia macam tak sayang saya je. Rasa macam single lagi best je.!

^_^

Jodoh

Assalamualaikum,, 
terasa macam nak bersastera pulak malam ni... hihihi

Malam meniti sepi,
Sepi tanpa bunyi,
kecuali angin dari alat teknologi,
Begitu jua hatiku,
sepi tanpa lagu,

Hatiku tertanya-tanya,
Adakah aku diciptakan untuk dia,
Susah untuk diungkap dengan kata,
Tatkala sejarah kembali semula,
Apa salah aku atau mereka,
Semoga ini semua ada hikmahnya.

Kegelisahan melanda hati,
tatkala rakan sudah menjadi suri,
Adakah aku akan terus begini,
Hidup sendiri  dan sepi,
Walau hakikatnya,
Sudah ada yang bertakhta dihati.

Ku mohon pada yang Esa,
Agar hidup menjadi lebih dewasa,
Pengalaman guruku paling setia,

Cepat la datang wahai peneman ku,
Tak ku kira siapa dirimu,
Akan ku cinta sedaya upaya,
Selagi jasadku bernyawa.




Monday, October 1

Perbezaan..

Assalamualaikum. tak banyak yang orked nak share, 

dulu,, 18 tahun ^_^

sekarang 21 tahun :'(

tengok je la perbezaan badan yang sangat ketara, wuawuawua stress! stress! stress! 
nak kurus balik, nak try produk takut ada side effect. nak bersenam.. adoooaiiii malas memanjang...

mak tolong!! tolong!! 


Thursday, September 20

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah.


Assalamualaikum
Cintailah ALLAH dengan sepenuh hati, maka ALLAH akan memberi yang terbaik sesuai dengan cinta anda kepadaNYA. Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
        Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan laranganNYA, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..~ALLAH knows BESt!~♥..

[ copy paste dari sini ]

Sunday, September 9

Hidup

Assalamualaikum n Hi!
tak ada apa-apa yang special untuk di kongsi. Orked memang ada satu aktiviti yang pelik kot. 
Orked suka perhatikan orang. bukan untuk busybody tapi untuk pelajaran kepada diri sendiri. 
Banyak perkara yang kita oleh pelajari..
cara hidup seseorang boleh kita guna sebagai panduan hidup kan..
orked tgk ada yang alhamdulillah bertambah baik..
ada pulak yang dulu dah okey,, tapi semakin menjadi lupa daratan..
manusia kan... hati berubah-ubah... macam lalang pun ada jugak..
TAPI tak semua,, masih ada yang baik-baik..

selalu dengar kan perempuan baik untuk lelaki yang baik..
tapi apa jadi lau erempuan jahat dapat lelaki jahat?? makin teruk la jadinya kan..
apa perempuan jahat tak layak dapat yang baik ke?
siapa nak pimpin ke syurga????
semua pertanyaan ni hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI..
DIA maha adil.. ALLAH sudah tentukan yang terbaik untuk setiap umat-Nya..

*bila lah jodoh Orked nak sampai ni.. dan jangan berputus asa mencuba mencari teman hidup* 


Saturday, June 16

Assalamualaikum,
Selamat malam..

walau tanpa dirimu,
ku tetap bahagia kerana ku masih punya teman disisi,
ALLAH dan RASUL di hati.

semoga bahagia,
dengan yang kau mahu,
tiada daya ku untuk menentukan hidupmu,
kerna hidupku masih dicari-cari.

penat, lelah, sesak,
tiada terasa lagi saat ia berakhir,
mutiara yang gugur bukan keranamu,
menyesal kejahilan diri,
saat nafsu menguasai diri,

maafkan daku YA ALLAH atas kekhilafan diri ini..

Friday, June 15

tertutup rapat, terkunci rapi,
kututup ketat,
menghalang sebarang memasuki,
dibuang jauh kunci mangga,
supaya tiada yang berani mencuri,
sunyi tidak bersuara, sepi menyapa,
tak apa, aku masih gah berdiri,

Assalamualaikum 
selamat petang, jiwang kan orked petang-petang ni. bukan apa. yang diimpi tak kesampaian.
tapi tak apa, masih banyak lagi impian orked.

orked tabik spring pada kawan- kawan yang tak pernah bercinta.
JANGAN BERCINTA. itu saja pesan yang boleh orked bagi.
kecewa? agak la kan.

bila ditutup minta dibuka. bila sudah orked buka.
benda yang sama orked dapat.
nak salahkan lelaki? mungkin orked ada salah juga
Tapi kenapa minta orked buka kalau masih di lama?
hati saya bukan tempat persinggahan bukan R&R la awk.. !!
marah? of course la kn. mnyesal? tak jugak sebab setip yang terjadi pasti ada hikmahnya.
REDHA saja yang mampu orked buat.

Kak Ana kata bende remeh temeh ni macam cheewing gum je.
lepas dikunyah, buang. jangan ditelan. boleh bawa mudharat.
terima kasih kak ana. Insyaallah, saya kuat.

Yup! betul kak saya muda lagi.
banyak benda lain yang lagi penting yang boleh saya buat selain benda remeh-temeh ni
kan kan kan. 

Menangis tiada air mata! 
tiada share air mata untuk awak. sorry to say!
bukan EGO tapi penat yang teramat sangat.
macam budak. kalau berlari jatuh kali pertama sakit yang teramat sangat.
kali kedua sakit kurang dari yang pertama.
kalau dah berkali-kali? alah bisa tegal biasa
tapi macam yang dikata hati perempuan bukan tempat R&R
okei? ingat dan semat dalam otak kuat-kuat.
lekat guna gam gajah pun boleh. tak salah.
salah nya bila habis madu sepah dibuang.

Kalau alasan untuk kejalan ALLAH.
saya tak kisah. tapi alasan untuk ke takuk lama.
absolutely not acceptted! okei?








Wednesday, June 6

Bersyukur la..

Assalamualaikum,, selamat pagi kepada bloggers sekalian.. hampir 2 bulan orked tak update status
maaf la ye. Orked busy berpersatuan dan busy study nk final..
*ada ke orang baca post aku ni? perasan sendiri =,= *

Firstly, orked nak panjatkan kesyukuran kepada Illahi atas 
kesihatan, kesejahteraan dan keharmonian serta kebahagiaan yang Orked kecapi 
sehingga hari ini. Kadang-kadang orked pelik dengan sikap manusia yang tak pandai bersyukur ni.
dah cantik tapi kata tak cantik. memang la manusia tak pernah rasa puas hati dengan apa yang dimiliki tapi
at least bersyukur dari orang yang tak cukup sifat. Sampai nak update status fb segala bagai.. tak perlu kot nak bagitahu satu dunia kejahilan dan sikap anda tu. Orked pun kadang-kadang tak bersyukur. 
*kena batang hidung sendiri*
orked pernah kena tegur dengan kawan orked sendiri, 
"atie patut bersyukur dengan carrymark atie dapat tu.. orang lain lagi rendah dari atie"
terima kasih kawan, orked sedar dan akan orked tanamkan sikap bersyukur.
dan ada kawan kata, bukan pandai atau bodoh yang menentukan kejayaan,, tapi USAHA.
terima kasih juga kepada kawan yang kedua. 
kalau kita perhatikan, orang yang kurang upaya lagi tahu erti bersyukur dari manusia normal yang tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada.


manusia yang normal hanya tahu mengeluh saje.
Astaghfirullah... semoga kita semakin hari semakin berubah kearah kebaikan.. 
AMINNNN.. 



Friday, March 16

Kekejaman Manusia di Bumi Syria


Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Tak banyak yang orked nak cakap hari ni. Orked cuma nak tunjuk di mana hilangnya kasih sayang sesama manusia apabila kuasa mengatasi segalanya. Apa salah orang-orang Islam sampai diperlakukan macam tu. Kanak-kanak dipenggal kepala, mana pergi keprimanusiaan mereka? memang kejam! terlalu kejam!..

Apa yang kita boleh bantu?? kumpul dana? dari dulu dah kumpul tapi tak ada yang dapat ubah hati batu orang yang melakukan kekejaman. Hanya doa yang dapat kita bantu umat islam disana. 

Apa yang mereka mahu sebenarnya? kepuasan membunuh orang? atau nak hancurkan umat islam? umat islam tak akan hilang. umat islam akan tetap ada. Apa salah penganut agama islam? agama yang benar. Orked ingat lagi kata ustazah orked.. dari sumber mana orked pun dah terlupa.. ustazah orked kata manusia ni hidup di dunia cuma 3 hari. hari pertama: islam bangkit, hari ke dua: islam jatuh. hari yang ketiga: islam bangkit semula. selepas 3 hari,, adalah hari perhitungan, hari kiamat.. 

Ya ALLAH, hanya kepada Engkau sahaja aku memohon pertolongan, lembutkanlah hati orang-orang yang kejam. Bukakanlah pintu hati mereka untuk menerima agama-Mu ini. Ya RABB. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha berkehendak ke atas sesuatu.

Ya ALLAH, Ya RAHMAN, Ya RaHIM, kuatkanlah iman kami. Selamatkanlah saudara-saudara kami di seluruh dunia. Berikan mereka kekuatan untuk melawan segala ujian dari-Mu, Ya ALLAH..

Aminn Ya Rabbal Alamin... Semoga Engkau perkenankan permohonan hamba-Mu ini. 


Wednesday, February 29

Kasih yg mereka harapkan

  
Assalamualaikum,, selamat malam.. lama kan orked tak post anything kat sini,,
 sebab orked terlupa password! boleh pulak kan... 
bukan itu persoalan yang orked nk ajak ita renungkan.. tapi apa-apa hal pun layan video ni dulu..okey!

 
apa yang korang rasa? bagi yang masih ada mak dan ayah.. apa yang korang rasa?
sebak? sedih? insaf? rindu? rasa berdosa?
semua ada kan.. orked terlalu sayangkan family orked, terutama sekali of course la mak 
yang sabar bawa orked 9 bulan 10 hari dalam perut.
orked bukan lahir normal, operate pun x jugak.
orked lahir pakai vacuum! boeh korang bayangkan betapa sakitnya ibu melahirkan kita?
TQ mak, love u so much!

selesai tengok video ni, orked baru sedar yang mak dan abah orked akan meningkat usia.
orked bimbang x dapat jalankan tanggungjawab sebagai anak.
orked x sanggup nak tengok mak da abah meningkat usia..
tak sanggup nak tengok diorng sakit.
dan yang orked paling tak sanggup bila terpaksa terima hakikat kehilangan mereka!
orked tak sanggup!! orked x dapat bayangkan apa yang jadi kalau xde mak dan abah.
"Ya ALLAH panjangkan lah usia kedua-dua orang tua orked."

(yang datang pasti pergi, sudah perjanjian harus ditepati!)