Assalamualaikum dan selamat pagi.
Tak banyak yang orked nak cakap hari ni. Orked cuma nak tunjuk di mana hilangnya kasih sayang sesama manusia apabila kuasa mengatasi segalanya. Apa salah orang-orang Islam sampai diperlakukan macam tu. Kanak-kanak dipenggal kepala, mana pergi keprimanusiaan mereka? memang kejam! terlalu kejam!..
Apa yang kita boleh bantu?? kumpul dana? dari dulu dah kumpul tapi tak ada yang dapat ubah hati batu orang yang melakukan kekejaman. Hanya doa yang dapat kita bantu umat islam disana.
Apa yang mereka mahu sebenarnya? kepuasan membunuh orang? atau nak hancurkan umat islam? umat islam tak akan hilang. umat islam akan tetap ada. Apa salah penganut agama islam? agama yang benar. Orked ingat lagi kata ustazah orked.. dari sumber mana orked pun dah terlupa.. ustazah orked kata manusia ni hidup di dunia cuma 3 hari. hari pertama: islam bangkit, hari ke dua: islam jatuh. hari yang ketiga: islam bangkit semula. selepas 3 hari,, adalah hari perhitungan, hari kiamat..
Ya ALLAH, hanya kepada Engkau sahaja aku memohon pertolongan, lembutkanlah hati orang-orang yang kejam. Bukakanlah pintu hati mereka untuk menerima agama-Mu ini. Ya RABB. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha berkehendak ke atas sesuatu.
Ya ALLAH, Ya RAHMAN, Ya RaHIM, kuatkanlah iman kami. Selamatkanlah saudara-saudara kami di seluruh dunia. Berikan mereka kekuatan untuk melawan segala ujian dari-Mu, Ya ALLAH..
Aminn Ya Rabbal Alamin... Semoga Engkau perkenankan permohonan hamba-Mu ini.