Assalamualaikum dan selamat petang
hehe... jangan pelik dan hairan ye dengan tajuk entry kali ni.
Tetibe teringat hal pagi tadi.
On the way ke muzium sains untuk jawab exam ODE (
ordinary differential equations) ada polis trafik
escort tiga kereta. Dia punya siren memang mendebarkan lagi jantungku yang sedang berdebar nak jawab exam. huhuhu
Agak-agak kan boleh ke kalau kita guna khidmat mereka untuk
escort kita ke kelas lecturer yang garang? hehe cepat sikit sampai kan..
Kadang-kadang ada dengar cerita-cerita tentang abang-abang polis ni. Tapi orang yang berkata tu tak pernah terfikir ke nak jadi polis? cakap macam bagus je nak kritik-kritik orang kan.
Yang kita selalu dengar:
Polis ni kerjanya melepak je, bukan nak selesaikan kes jenayah cepat-cepat.
Jawapan saya senang je:
Orang yang berkata demikian sila tampil ke mana-mana balai polis
and VOLUNTEER jadi polis untuk 1 hari je, cukup la. Ingat senang ke jadi polis? susah OK. Abang-abang polis ni bekerja dengan nyawa, kita ni? Mengharap polis-polis tu la yang tolong kita kan? Polis-polis ni bekerja tak kira masa, siang malam ada saja polis yang kerja, Sama lah jugak dengan orang yang kerja shift, siang malam jugak.. TAPI yang kerja shift tu ada ke kebarangkalian untuk dibunuh atau ditembak malam tu? OK mungkin ada tapi dalam 0.1% jela kan kalau nak compare ngan abang-abang polis kita ni, apa ingat penjenayah nak wat jenayah bawa pembaris ke nak buat jenayah? Parang, Pistol, tu la yang diorang guna kan? Nampak tak betapa sayangnya polis dengan kita? Nak cakap apa lagi? Yang kes polis settle kes lambat? senang cerita kita ibaratkan macam ni la ye, sedang kan guru-guru pun tak dapat nak kawal pelajar dalam 1 sekolah, sama lah juga dengan polis, yang tak dapat nak jaga semua kawasan dalam masa yang sama. Kan kan? Banyak jenayah, banyak lah tanggungjawab mereka kan? Tak kan nak tangkap orang main tangkap je sesuka hati, mesti tunggu arahan atasan dulu ( kalau kes besar, tengok GERAK-GERAK KHAS ni ), kena soal siasat dulu. Semua benda ada prosedur.
Persoalannya:
Kenapa bukan anda (yang menunding jari kepada polis) jadi polis kalau rasa diri tu hebat?
Kenapa bukan kita rakyat Malaysia turut membantu polis selesaikan jenayah? bukan bermaksud saya suruh awak pergi tangkap penjenayah, tapi bagi kerjasama. Itu lah gunanya jadi RAKAN COP... hehehe
BERSAMA-SAMA MEMBANTERAS JENAYAH UNTUK KEAMANAN BERSAMA
kenapa saya back up polis? sebab saya tahu betapa susahnya seorang polis menjalan tanggungjawab and polis-polis ni la yang akan bantu kita hidup dengan aman..
Akhir kata, POLIS MEMANG TERBAIKKKKKKK