Followers

Saturday, May 4

Tolong... tolong.. tolong...

Assalamualaikum

Selamat malam..

Esok,, hari yang akan menentukan pemimpin kita. Tak kisah la ini kalilah atau lain kali lah yang penting, tolong perintah negara tercinta saya ni dengan bijaksana,

Kalau kita ingat-ingatkan kembali. Ini lah petanda KIAMAT DAH DEKAT.. Memilih pemimpin yang salah.

DAFTAR? ye saya belum daftar. Ramai lagi yang tak daftar. Umur dah 30-an pun ada lagi yang tak daftar? sebab apa? sebab saya keliru nak tentukan pihak mana yang betul. YA YA YA saya tahu, orang tak berdaftar tak layak untuk berkata-kata.

MANUSIA. lumrah manusia, tak ada yang perfect, TAK ADA. OKAY! Semua pernah buat salah tak lepas dari buat kesalahan. JANGAN kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Sedih bila saya lihat, dengar dan baca cerita-cerita yang mengaibkan negara saya sendiri. Sebelum ni kita tengok 2 negara bergaduh.. 2 negara berebut 1 negara. TAPI, negara saya??? bergaduh sesama sendiri.. Orang luar tepuk tangan. Mereka SUKA. tawu tak?? marah? memang saya marah. memang la saya tak layak untuk berkata-kata tapi sedih rasanya bila tengok macam ni jadinya. Suasana yang menakutkan !! memang saya takut bila berada dekat dengan keadaan yang menjerit-jerit. Fobia. Orang luar tunggu masa je nak masuk Malaysia. Tunggu masa je nak rampas Malaysia. Tolong lah sedar,, Tolong lah buka mata, buka hati, buka minda.

Tolong la.. tolong.. tolong... tolong.. jangan jerit-jerit. bukan demokrasi namanya macam ni kalau dah bergaduh sampai berdarah. Tak sayang negara ke? mana pergi keamanan? keharmonian?

Kita sepatutnya, bersatu hati.. Kalau nak berkempen pun.. buat lah cara yang sihat. tak perlu untuk memfitnah orang lain. Nak tunjuk keburukan orang lain, kita bukan Nabi. sedangkan Nabi Muhammad yang tak ada dosa pun tetap mohon keampunan dari ALLAH,, inikan pula kita yang tak lari dari dosa.. Cukuplah dengan kita jaga dosa kita.

YA ALLAH, hanya kepada Engkau tempat aku memohon. selamatkan negara ku. Hanya Engkau yang maha mengetahui akan sesuatu. Hanya Engkau yang maha menghendaki akan sesuatu. YA TUHANKU,, Tenangkanlah hati mereka semua YA ALLAH. Semua Engkau permudahkan segala urusan. Jauhkan lah Malaysia dari malapetaka dan musibah YA ALLAH. Jauhkan lah Malaysia dari peperangan. Satukanlah hati mereka YA ALLAH..

No comments:

Post a Comment