Assalammualaikum.
" Saya selalu intai facebook awak.. kenapa? Sebab saya rindu.. teramat sangat. Awak jauh.. hampir setiap hari saya intai facebook awak.. sorry.. saya tahu awak tak suka saya macam ni.. setiap kali online facebook.. adakalanya awak online juga.. niat dihati selalu nk tegur. Tapi dihalang dengan satu perkara. Pasrah dan redha. Setiap tahun saya berazam untuk lupakan awak. Tapi tak berjaya. Makin tahun makin sayang. Saya tetap tunggu awak.."
Pernah jumpa orang macam ni? Selalu kan? Siapa yang bersalah sebenarnya? Kedua-duanya salah. Semua datang dari hati. Kalau oita tak mahu.. pasangan bercinta sebelum nikah ni tidak akan wujud. Setuju? Ustazah saya pernah pesan.. jangan suka lelaki melebihi 50% sebab kalau dia tinggalkan kita.. kita akan merana.. yup! Saya dah lalui. Memang susah.. skrg ni pun dlm usaha untuk melupakan.. oppsss!!! Ayat diatas mcm dari saya je kan? Hahaha bukan untuk meluahkan perasaan. Bukan juga untuk menarik simpati si Ex.. tapi sebagai peringatan untuk remaja-remaja yang baru berjinak-jinak..
Dengarlah cakap akak ni dik,,, akak menyesal kerana biarkan hati akak kecewa disebabkan lelaki-lelaki yang belum tentu jodoh kita. Jika boleh diundur masa.. saya tidak akan benarkan hati saya dimiliki oleh sesiapa pun..
apa usaha-usaha saya? Disebabkan nasihat rakan.. saya tak block fb dia.. okey.. ini bukan tindakan terbaik. Ini akan menampakkan lagi yang kita tertunggu dia.. dia selalu update status fb.. bila nampak mmg akan ingt la kan.. so bila saya nampak mcm byg-byg profile picture dia.. cepat-cepat saya akan scroll kebawah.. walaupun saya tahu status dia selalu berkaitan dakwah dan agama.. mmg bermanfaat untuk kita... tak apa in sha ALLAH ilmu ALLAH tu luas.. kita boleh cari dimana-mana.. asalkan kita tak biarkan hati kita sentiasa ingat dia... yg penting sentiasa dekatkan diri dengan ALLAH...
ok. Semoga yang lain tidak terus rosak kan hati kerana perkara seperti ini...
No comments:
Post a Comment